Hitam Manis

Hai si hitam manis.
Hitam hitam si tampuk manggis,
Walaupun hitam dipandang manis.
Amboi Bonda. Berpantun pula.
Apa pula hitam-hitam ni. Mari bonda nak cerita.
Benda hitam yang naikkan seri wajah. Nama sebenar Detox Clay Mask (DCM).
Detox?
Iye. Biasa kita dengar detox dalam badan sahaja. Sebenarnya, luaran pun perlu detox. Dengan Detox Clay Mask ni, dapat bantu kita membuang racun di atas kulit wajah kita.
Waa. Bestnya!
Mari Bonda cerita lagi.
DCM ni menggunakan tanah liat Bentonite dan French Green Clay. Diterbangkan masuk ke Malaysia khas untuk Mary Jardin ye. Bahan antarabangsa tu!
Apa kuasa tanah liat ni Bonda?
Tanah liat sangat berkuasa menarik segala jenis kotoran di atas muka.
Masa nak guna tu, kita bancuh DCM dengan cecair yang kita suka. Contohnya, madu, susu, yogurt atau cuka epal. Tapi nak senang, kita guna air sahaja.
Bila kita campur dengan cecair, tanah liat ini akan menghasilkan cas berlainan dari kotoran degil di atas kulit. Cas dari DCM akan menarik semua kotoran tadi.
Muka kita yang ada lebihan minyak sampai boleh buat goreng-goreng, jerawat-jerawat yang gatal nak muncul, kepala-kepala hitam putih yang berlonggok, sel-sel kulit mati yang berkeping-keping tu. Ditarik-tarik oleh si hitam ni tadi.
Maka, bersih, mulus dan naiklah seri wajah kita.
Haa, jelas semua? Bagusss!
Nanti Bonda sambung cerita hangat ni lagi ye.
Jumpa lagi. Salam sayang buat semua.

Salam Semulajadi 💖 Bonda Lubna
Mary Jardin Maran Pahang
Facebook: Asma Othman
FB Page: Bonda Lubna

Comments

Popular posts from this blog

Beli, Tapi Separuh!

Jatuh Cinta Sentuhan Pertama